Sahura Cookies

Sahura Cookies

Isnin, 28 Mac 2011

Kek Comel Pokodot lagi..

Ujg bulan April memang ramai yg merancang untuk melangsungkan perkahwinan...pertunangan bahkan ada juga yg merancang untuk pergi bcuti bsama keluarga tercinta lebih2 lagi awal Mei kita ada Public Holiday! Syukur alhamdulilah, untuk tarikh 29-30 April, saya mendapat tempahan XXL untuk kek comel ni sempena majlis kenduri kawin kawan sepejabat. Dengan itu, saya tidak menerima sebarang tempahan untuk tarikh tersebut. Fully booked daaa...

Kek Comel Apam pokodot ini juga sesuai untuk diberikan hadiah kepada yang tersayang atau sesiapa saja dan juga sebagai buah tangan. Tetapi jangan lupa maklumkan kepada saya semasa tempahan. Boleh lah saya letakkan reben awal2.  


Selesai tugas besar itu, saya jugak tidak ketinggalan untuk pergi bercuti. Melepaskan penat lelah menguruskan bisnes apam pokodot. Syukur alhamdullilah, tempahan tak pernah putus sejak ianya berada dipasaran. Terima kasih pada keluarga tercinta, sahabat handai yang sudi memberi sokongan dan terima kasih pada semua yang sudi menempah kek comel apam ini. Insyaallah 4 Mei 2011, tempahan dibuka semula seperti biasa selepas saya balik bercuti. Nak tempah awal2 pon bole tetapi untuk tarikh selepas 3 Mei 2011. Semoga jumpa lagi..jaga diri baik2...

Wassalam...