Sahura Cookies

Sahura Cookies

Selasa, 22 Mac 2011

Biskut Sampan

Yg ni biskut zaman dolu2. Tp lain org..lain cara buatannya. Ni adalah turun-temurun dari bonda saya. Sebelum biskut ni hilang ditinggal waktu, baik saya teruskan. Hanya RM25.00 sebalang. Mcm biasa lebih kurang 50-55 bijik. Atasnya tu saya letak buah2an campuran. Pada sapa yg suka kelapa kering, boleh request sbb sy tak campurkan kelapa kering dlm mix fruit tu memandangkan org lebih ramai suka tanpa kelapa kering.

Produk DCL

Walaupon ada biskut sendiri untuk dijual...nak juga tambah pendapatan dengan menjual produk2 yg saya dah cuba dan mmg bagus. Kopi Red Guara DCL & Bidadari. Ehem...bidadari ni utk wanita je. Memang best. Kalo nak tau, kene lah makan sdiri. Kopi Red Guara tu pulak, saya minum untuk menghilangkan migrain. Kalo migrain melanda, jawabnya 3 hari baru nak surut. Jadik untuk menyempitkan saluran darah di kepala, saya minum red guara. Insyaallah...sbenarnya byk faktor lain lagi yg menyebabkan migrain nih. Tapi lain org, lain lah penyumbangnya....


Kalo nak try, call / email je saya. Mcm biasa, area Kajang, Bangi & KL, saya leh hantar sendiri. Insyaallah...

Ionic Nucifera



Dr. Nature Ionic Nucifera mengandungi virgin coconut oil, tea tree oil, green tea extract dan bahan-bahan yang kaya dengan vitamin A & E untuk menjadikan rambut kelihatan sihat dan bersinar, mengurangkan penyakit gatal-gatal, fungi (kulat), kelemumur dan membantu pengedaran darah ke pangkal rambut. Krim rambut mewah Teknologi France menggunakan tumbuhan botanik bagi merawat pertumbuhan rambut dan mengawal keguguran rambut.

Kelebihan dan fungsi :
  • Merawat kulit kepala
  • Mengawal keguguran rambut
  • Mengaktifkan pertumbuhan sel rambut
  • Anti bakteria
  • Merawat kelemumur
  • Menyuburkan rambut
  • Merapikan rambut

Cara penggunaan :
Picitkan sedikit krim ke tapak tangan dan ratakan ke rambut hingga kulit kepala. Urut denga hujung jari agar krim meresap ke liang rambut. Guna selepas mandi (ketika rambut lembap) bagi kesan maksimum.

Biskut Sarang Semut

Ini pula adalah Biskut Sarang Semut. Tak mahal pon. Hanya RM20.00 sebalang. Dan isinya masih sama lebih kurang 50-55biji. Tempah! Jangan tak tempah!!!!! Tak payah tunggu raya. Tak raya, makan anak beranak pon sodap!!! Kata org nogori lah. Tak caya?? Beli lah sebalang. Kalo tak sedap, tak yah beli lagi. Hihihihi...

Tat Nenas Gulung


Tempahan raya pon telah dibuka dan terpaksa diambil lebih awal memandangkan saya akan bersalin pada pertengahan bulan posa thn ni, insyaallah. Jadik, kalo berminat, tempahlah Tat Nenas Gulung ni ye. Dibuka dengan harga RM28.00 untuk sebalang. Isinya lebih kurang 50-55 biji. Pada yg telah menempah lebih awal, terima kasih. Insyaaallah mggu ptama posa, tat ni akan diedarkan. Takot x sempat. Hihihi...

Kek Comel Pokodot

Pada awalnya perasaan ingin tahu membuak2 selepas dapat resipi. Belom buat tapi tempahan dah dpt. Maka usaha pon dilakukan dengan bersungguh2 dan inilah hasilnya. Kek Comel Pokodot (kene tukar nama lah sbb ada org x bole plak dengar pkataaan apam) kini berada dipasaran dengan harga RM30 untuk 100 biji. Sempena bulan Mac 2011, ada promosi. Harga promosi adalah RM25 sahaja tetapi akan berakhir pada 31 Mac 2011. Selepas tarikh itu, harga ini akan kekal untuk kek tanpa inti.

Saya menerima tempahan untuk kenduri kawin, untuk sebarang jamuan. Tetapi notis tempahan hendaklah diberikan skurang2nya 3 hari lebih awal untuk persediaan memandangkan alhamdullilah tempahan kek comel ni x putus2. Syukur....

Sila hubungi saya di 012-6717895 atau email ke suenizam@gmail.com. Untuk kawasan Bangi, Kajang, KL, penghantara akan dibuat by hand. By pos laju mahal daaa....x masuk akal plak. Pastu customer tepaksa lah bear the cost.