Sahura Cookies

Sahura Cookies

Isnin, 5 Disember 2011

Apam Ladybird & Angry Bird

Dah lama x update blog. Ni adalah design terbaru. Ada mcm2. Corak strawberi, tembikai, dot bganda, spiral, ladybird & Angry bird yg tgh hot skg ni...Utk apam ladybird & angry bird, hanya RM35 per 100 pcs. Mcm biasa, kawasan luar KL, 200 pcs order diperlukan. Kurg dr tu, cas penghantaran RM10 dikenekan.






Yg ni saiz XL.



Pasni nak try kartun DOMO plak. Hihihi...

Selasa, 20 September 2011

Tempahan apam spjg bulan Ramadhan & aidilfitri

Syukur alhamdullilah rezki dari tempahan apam pokodot memang tak pernah putus. Memang byk betul tempahan dalam bulan puasa. Semasa syawal lagi hebat sebab masing2 nak buat open house. Cuma tangan & tenaga je x mampu nak terima tempahan sebab masih dalam pantang. Itu pon tersesat2 juga tempahan diterima memikirkan ada yang nak buat apam sebagai hantaran & bagi memeriahkan majlis rumah terbuka...

Semoga berpuashati....

Isnin, 4 Julai 2011

Set Bersalin DCL RM280.00 shingga 30 Sept. Bermula Okt harga baru RM290.00

Set lengkap bersalin DCL terdiri daripada :-

1) Red Guara Café
membantu meningkatkan bekalan oksigen dalam badan (pernafasan), menambah tenaga, meningkatkan hormon dan membuang angin dalam badan
16 sachet X 20gm
HARGA PASARAN : RM22.00


2) Be-One Multi Gel
membantu memecahkan lemak, menghilangkan selulit, memulih sengal-sengal badan, sakit sendi, membantu memanaskan badan, untuk tujuan mengurut, menghilangkan 'stretch mark' atau kesan di perut akibat mengandung, boleh juga dijadikan sebagai param
HARGA PASARAN : RM44.50


3) Madu Amazing
pembina kesihatan, memberi tenaga segera, stamina dan daya fikir, menyembuh luka-luka dalaman dan luka akibat pembedahan, memulihkan fungsi system peranakan, kuatkan struktur darah
HARGA PASARAN : RM45.00

4) Bidadari
kandungan madu dapat membekalkan tenaga yang diperlukan dan mempertingkatkan system imunisasi badan, sirih mengatasi masalah angin dalam badan, lemah badan, membantu membina rahim dan sistem peranakan, kacip fatimah, menguatkan rahim serta mengetatkan faraj, akar serapat baik untuk membina rahim, mengetatkan faraj dan meningkatkan system kemutan, kurma membaiki system saraf, tekanan, meningkatkan tenaga seksual, manjakani dapat membantu mengatasi keputihan, anti kanser dan mengetatkan faraj, asam jawa dapat membantu pengeluaran peluh dan melangsingkan badan, jarum emas mampu meningkatkan kesihatan dan tenaga seksual.

Penggunaan : sebaik2nya minggu ke-3 selepas bersalin untuk mengelakkan tumpah darah/pengeluaran darah nifas secara berlebihan.


HARGA PASARAN : RM77.00 (375ml)
HARGA PASARAN : RM53.00 (250ml)





5. Nuage
mempertingkatkan ketahanan badan, mempermudah dan percepatkan proses pengaliran air dalam badan, mempercepatkan proses penyembuhan, membantu sel menjadi normal, membekal oksigen terhadap sel, menambah daya tahan semulajadi, menambah keupayaan seksual, mengurangkan keletihan dan menambah tenaga , meningkatkan semua fungsi organ system badan, berupaya menambah air susu




HARGA PASARAN : RM78.00
15 sachet X 3gm




6 : Stokin Bio-Energy DCL
Mempunyai pancaran inframerah jarak jauh yang dapat merangsangkan bahagian-bahagian tapak kaki dan menggalakkan peredaran darah dalam badan. Sesuai untuk ibu selepas bersalin.
HARGA PASARAN : RM38.80




Berminat nak cuba?? Hubungi Sahura di 012-6717895 / email ke suenizam@gmail.com





SATU SET LENGKAP BERSALIN
HARGA PROMOSI RM280.00 SAHAJA!!!


Harga baru berkuatkuasa 1 Okt 2011 = RM290.00 berikutan Nuage telah diformulasi baru.

Tempahan 1000 biji Apam Pokodot

Nilah dia 1000 bijik apam pokodot yg telah ditempah oleh customer di Batu Caves untuk Majlis Pertunangannya yg telah berlangsung pada 3 Julai 2011. Semoga berpuas hati dan terima kasih atas tempahan tersebut...


Siap untuk dihantar....

Ahad, 3 Julai 2011

Kek Coklat 1 kg

Lama benar x update blog. Sebok buat apam. Walaubagaimanapon, ini adalah tempahan kek harijadi simple. Kek coklat 1 kg. Hanya RM35. Terima kasih pada sahabatku Alina yg sudi menempah. Di harap berpuas hati...

Rabu, 15 Jun 2011

Biskut Coklat Chips

Sebalang hanya RM25.Tempahan Biskut Raya untuk thn 2011 akan ditutup pada 10 Julai 2011. Dan semua biskut2 tu akan diagihkan kepada cust pada minggu pertama posa. Hehe...kerana tuannya ni nak bersalin. Takot x sempat.


Isnin, 6 Jun 2011

Butter Cupcake

New release...hehehe...butter cupcake ni sebijik singget (RM1). Minum petang sedap...


Ahad, 22 Mei 2011

Apam Polkadot utk tempahan majlis kawin, ptunangan, etc

Untuk tempahan pukal, insyaallah saya menggunakan 12 warna yang berbeza supaya apam ni nampak lebih colourful & mudah2an menceriakan lagi majlis anda...




Tu dia...dah saip 600 apam tmasuk 50 pck untuk goodies...tempahan untuk kenduri cukur jambul.


Boleh tempah mengikut warna kesukaan / warna tema perkahwinan anda...


Dan apam yg besar ni ditempah khas untuk hantaran.



Warna putih, pink dan kelabu.






Isnin, 16 Mei 2011

Kek Coklat Kukus

Kek Coklat Kukus sudah berada di pasaran. Boleh tempah.

Ada topping coklat & ditaburi dengan potongan almond. 


Yang ni, kek comel coklat kukus. Sama mcm polka dot gak. Minimum order 50 bijik lah ye. Berminat, leh pm ye. Large order, notis 3 hari diperlukan untuk persiapan.


 

 Skg dah x letak almond. Ganti coklat rice.



Selasa, 10 Mei 2011

Polka Dot pelbagai saiz pelbagai harga

Assalammualaikum..punyalah BZ dah lama x update blog ye. Ni adalah 3 saiz apam polka dot. Paling besar tu memang cantik kalo dibungkus sebijik siap bereben untuk diberikan kepada tetamu yang datang ke rumah sama ada untuk kenduri akikah, tunang atau pon perkahwinan. Dlmnya ada inti mcm biasa. Kalo nak, pm me ok.




Dari pandangan tepi, memang berbeza saiznya...



Sabtu, 9 April 2011

Kek Comel Pokodot berintikan Coklat

Wah! nampaknya sehari demi sehari memang byk idea nak buat dengan apam pokodot nih. Hehe..kini dah ada inti baru iaitu coklat. Tapi harganya mahal skit lah ye RM35.00 untuk 100 bijik. Sebab harga coklat mahal. Gitu ler...nak try, bole lah order.

Selain itu, saya juga menerima tempahan untuk dijadikan goodies. Kalo saiz biasa ni, 2 bijik 1 pack harganya RM1.00 je. Pd yg nak kek comel saiz besar skit, RM1.50 untuk 2 bijik dlm 1 pack.




Terima kasih pada yang sudi tempah dan saya amat berbangga sebab kek comel pokodot bwarna hijau dan pink akan dijadikan hantaran pertunangan hujung bulan ni. Insyaallah saya akan buat yang terbaik untuk mereka yang meng-ordernya.

Nak packing yg mcm ni pon bole. Simple. 90 sen je 1 pack. Ada 2 bijik dlm 1 pack. Tp harga untuk inti coklat lain ye...

Ahad, 3 April 2011

Kek Comel Apam Pokodot berinti Kelapa

Kek Comel Apam berinti kelapa kini berada di pasaran. Harga sama je RM30 untuk 100 bijik.


Isnin, 28 Mac 2011

Kek Comel Pokodot lagi..

Ujg bulan April memang ramai yg merancang untuk melangsungkan perkahwinan...pertunangan bahkan ada juga yg merancang untuk pergi bcuti bsama keluarga tercinta lebih2 lagi awal Mei kita ada Public Holiday! Syukur alhamdulilah, untuk tarikh 29-30 April, saya mendapat tempahan XXL untuk kek comel ni sempena majlis kenduri kawin kawan sepejabat. Dengan itu, saya tidak menerima sebarang tempahan untuk tarikh tersebut. Fully booked daaa...

Kek Comel Apam pokodot ini juga sesuai untuk diberikan hadiah kepada yang tersayang atau sesiapa saja dan juga sebagai buah tangan. Tetapi jangan lupa maklumkan kepada saya semasa tempahan. Boleh lah saya letakkan reben awal2.  


Selesai tugas besar itu, saya jugak tidak ketinggalan untuk pergi bercuti. Melepaskan penat lelah menguruskan bisnes apam pokodot. Syukur alhamdullilah, tempahan tak pernah putus sejak ianya berada dipasaran. Terima kasih pada keluarga tercinta, sahabat handai yang sudi memberi sokongan dan terima kasih pada semua yang sudi menempah kek comel apam ini. Insyaallah 4 Mei 2011, tempahan dibuka semula seperti biasa selepas saya balik bercuti. Nak tempah awal2 pon bole tetapi untuk tarikh selepas 3 Mei 2011. Semoga jumpa lagi..jaga diri baik2...

Wassalam...

Rabu, 23 Mac 2011

Kek Comel Polka Dot versi huruf

Setiap hari kita mesti mencari idea baru bagaimana nak mempelbagaikan reka bentuk kek apam comel ni. Walaupon ini adalah yang pertama kali...kira jadik lah tu kan...untuk majlis farewell.


Insyaallah, pasni nak buat filling coklat plak.

Selasa, 22 Mac 2011

Biskut Sampan

Yg ni biskut zaman dolu2. Tp lain org..lain cara buatannya. Ni adalah turun-temurun dari bonda saya. Sebelum biskut ni hilang ditinggal waktu, baik saya teruskan. Hanya RM25.00 sebalang. Mcm biasa lebih kurang 50-55 bijik. Atasnya tu saya letak buah2an campuran. Pada sapa yg suka kelapa kering, boleh request sbb sy tak campurkan kelapa kering dlm mix fruit tu memandangkan org lebih ramai suka tanpa kelapa kering.

Produk DCL

Walaupon ada biskut sendiri untuk dijual...nak juga tambah pendapatan dengan menjual produk2 yg saya dah cuba dan mmg bagus. Kopi Red Guara DCL & Bidadari. Ehem...bidadari ni utk wanita je. Memang best. Kalo nak tau, kene lah makan sdiri. Kopi Red Guara tu pulak, saya minum untuk menghilangkan migrain. Kalo migrain melanda, jawabnya 3 hari baru nak surut. Jadik untuk menyempitkan saluran darah di kepala, saya minum red guara. Insyaallah...sbenarnya byk faktor lain lagi yg menyebabkan migrain nih. Tapi lain org, lain lah penyumbangnya....


Kalo nak try, call / email je saya. Mcm biasa, area Kajang, Bangi & KL, saya leh hantar sendiri. Insyaallah...

Ionic Nucifera



Dr. Nature Ionic Nucifera mengandungi virgin coconut oil, tea tree oil, green tea extract dan bahan-bahan yang kaya dengan vitamin A & E untuk menjadikan rambut kelihatan sihat dan bersinar, mengurangkan penyakit gatal-gatal, fungi (kulat), kelemumur dan membantu pengedaran darah ke pangkal rambut. Krim rambut mewah Teknologi France menggunakan tumbuhan botanik bagi merawat pertumbuhan rambut dan mengawal keguguran rambut.

Kelebihan dan fungsi :
  • Merawat kulit kepala
  • Mengawal keguguran rambut
  • Mengaktifkan pertumbuhan sel rambut
  • Anti bakteria
  • Merawat kelemumur
  • Menyuburkan rambut
  • Merapikan rambut

Cara penggunaan :
Picitkan sedikit krim ke tapak tangan dan ratakan ke rambut hingga kulit kepala. Urut denga hujung jari agar krim meresap ke liang rambut. Guna selepas mandi (ketika rambut lembap) bagi kesan maksimum.

Biskut Sarang Semut

Ini pula adalah Biskut Sarang Semut. Tak mahal pon. Hanya RM20.00 sebalang. Dan isinya masih sama lebih kurang 50-55biji. Tempah! Jangan tak tempah!!!!! Tak payah tunggu raya. Tak raya, makan anak beranak pon sodap!!! Kata org nogori lah. Tak caya?? Beli lah sebalang. Kalo tak sedap, tak yah beli lagi. Hihihihi...

Tat Nenas Gulung


Tempahan raya pon telah dibuka dan terpaksa diambil lebih awal memandangkan saya akan bersalin pada pertengahan bulan posa thn ni, insyaallah. Jadik, kalo berminat, tempahlah Tat Nenas Gulung ni ye. Dibuka dengan harga RM28.00 untuk sebalang. Isinya lebih kurang 50-55 biji. Pada yg telah menempah lebih awal, terima kasih. Insyaaallah mggu ptama posa, tat ni akan diedarkan. Takot x sempat. Hihihi...

Kek Comel Pokodot

Pada awalnya perasaan ingin tahu membuak2 selepas dapat resipi. Belom buat tapi tempahan dah dpt. Maka usaha pon dilakukan dengan bersungguh2 dan inilah hasilnya. Kek Comel Pokodot (kene tukar nama lah sbb ada org x bole plak dengar pkataaan apam) kini berada dipasaran dengan harga RM30 untuk 100 biji. Sempena bulan Mac 2011, ada promosi. Harga promosi adalah RM25 sahaja tetapi akan berakhir pada 31 Mac 2011. Selepas tarikh itu, harga ini akan kekal untuk kek tanpa inti.

Saya menerima tempahan untuk kenduri kawin, untuk sebarang jamuan. Tetapi notis tempahan hendaklah diberikan skurang2nya 3 hari lebih awal untuk persediaan memandangkan alhamdullilah tempahan kek comel ni x putus2. Syukur....

Sila hubungi saya di 012-6717895 atau email ke suenizam@gmail.com. Untuk kawasan Bangi, Kajang, KL, penghantara akan dibuat by hand. By pos laju mahal daaa....x masuk akal plak. Pastu customer tepaksa lah bear the cost.